Ahad, 31 Julai 2011

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ISLAM ITU INDAH♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Berita GEMBIRA buat para muslimat yg TIDAK SUKA BERTUDUNG. . Ada Ustaz bagitahu, bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda utk bertudung. .. Tapi Islam MEWAJIDKAN kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT... Tak kesahlah nak pakai LANGSIR ka, SELIMUT ka, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipon. .JANJI RAMBUT T'TUTP n dlabuhkn ke dada... Islam itu mudah, janganlah kita menyukarkannya. ♥ ISLAM ITU INDAH ♥ (^,^)v

Rabu, 20 Julai 2011

*BERTAUBATLAH KAMU SEBELUM TERLAMBAT*

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

*BERTAUBATLAH KAMU SEBELUM TERLAMBAT*

Isnin, 6 Jun 2011

Kesedihan Abu Hurairah

Kisah Para Sahabat
6
Share

Abu Hurairah atau nama Islamnya, Abdul Rahman, dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Beliau berasal daripada kabilah al-Dusi yang tinggal di Yaman adalah pelopor hadis yang terkenal. Selama hidupnya, Abu Hurairah melaporkan sebanyak 5,374 hadis.

Gelaran Abu Hurairah diberi oleh Nabi Muhammad kepadanya kerana beliau suka bermain anak kucing.

Menurut cerita, semasa Abu Hurairah berjumpa Nabi SAW, beliau membawa bersama seekor anak kucing. Anak kucing itu disorokkan di dalam lengan bajunya.

Apabila ditanya oleh Nabi Muhammad mengenai hal itu, Abu Hurairah segera mengeluarkan seekor anak kucing yang berada dalam lengan bajunya. Bermula pada hari itu, Nabi Muhammad menggelarnya Abu Hurairah. Beliau suka gelaran itu.

Semasa hidupnya, Abu Hurairah tergolong sebagai ahli suffah. Ia adalah golongan yang miskin yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau penuntut ilmu. Mereka juga penghuni yang tinggal di Masjid Nabawi. Nabi Muhammad selalu menyuruh Abu Hurairah mengumpul ahli suffah lain apabila ada makanan yang mahu diberikan kepada mereka.

Abu Hurairah memeluk Islam pada 7 Hijrah, semasa Nabi Muhammad berangkat pergi ke Khaibar. Abu Hurairah meninggal dunia pada 57 atau 58 Hijrah iaitu pada usia 78 tahun. Beliau meninggal dunia di kota Madinah.

Walaupun Abu Hurairah sudah memeluk agama Islam, beliau masih bimbang mengenai ibunya sendiri. Pada masa itu, ibunya masih belum dapat menerima ajaran Islam.

“Ibu, sekarang saya sudah menjadi orang Islam. Mahukah ibu ikut jejak langkah saya sebagai seorang Islam?” Tanya Abu Hurairah kepada ibunya.

“Ibu tetap dengan agama nenek moyang kita. Ibu tidak mahu ajaran Nabi Muhammad yang sesat itu dibawa ke rumah ini. Nabi Muhammad memesongkan fikiran kamu. Beliau menyesatkan kamu. Semua ajaran-ajaran yang dibawanya adalah sesat,” kata ibunya selepas menolak ajakan Abu Hurairah supaya memeluk agama Islam.

Selepas Abu Hurairah mendengar kata-kata ibunya, beliau cuba mempertahankannya: “Tidak. Ajaran Nabi Muhammad adalah ajaran dan ilmu-ilmu yang diberikan oleh Allah kepadanya. Nabi Muhammad tidak mengajar ajaran yang salah kecuali semuanya adalah ajaran yang baik bagi kita. Ibu silap, ibu perlu mendengar ajarannya dahulu.”

“Tidak . Kamu jangat sebut lagi nama Muhammad di hadapan ibu. Ibu tidak suka!” jawab ibunya dengan suara yang tinggi.

Kemudian, Abu Hurairah dengan sedih terus keluar dari rumahnya dan berjumpa Nabi Muhammad.

Sampai sahaja di hadapan Nabi Muhammad, Abu Hurairah menceritakan kisahnya bersama ibunya tadi: “Hari ini sekali lagi saya cuba memujuk mengajak ibu saya memeluk Islam. Tetapi ibu saya menolak dan mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada Nabi Muhammad. Saya tidak dapat menahan kesedihan atas perbuatan ibu saya. Tolonglah Rasulullah doakan supaya ibu saya terbuka hatinya menerima ajaran Islam dan memeluk agama ini.”

Melihat kesedihan Abu Hurairah, Nabi Muhammad terus berdoa kepada Allah: “Ya Allah, bukakanlah pintu hati ibu Abu Hurairah, semoga beliau dapat menerima ajaran ini. Berilah petunjuk kepada ibunya.”

Selepas Nabi Muhammad selesai berdoa, Abu Hurairah segera pulang mendapatkan ibunya di rumah. Sampai sahaja di rumah Abu Hurairah mendapati pintu rumahnya tetutup rapat. Ibunya mengetahui anaknya sudah pulang, lalu ibunya memberitahu, “Tunggu sebentar. Nanti, ibu bukakan pintu itu”. Rupa-rupanya, ibu Abu Hurairah mandi.

Selesai sahaja mandi, segera ibunya membuka pintu. Diizinkan Allah, doa Nabi Muhammad termakbul. Ibunya sendiri berubah dan mahu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Abu Hurairah.

“Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,” kata ibunya di hadapan Abu Hurairah.

Melihat peristiwa itu, Abu Hurairah berasa terharu dan gembira. Beliau terus berjumpa Nabi Muhammad dan memberitahu perkara yang terjadi. Nabi Muhammad tersenyum dan bersabda: “Syukur kepada Allah kerana memperkenankan doa tadi. Mulai hari ini, ibu kamu adalah orang Islam.”

Balasan Mencari Keredhaan Allah SWT

Kisah ini adalah kisah

Tauladan

Pada suatu ketika, ada tiga orang sedang dalam perjalanan, tiba-tiba mereka ditimpa hujan lebat. Kerana itu mereka masuk ke dalam gua sebuah bukit. Tiba-tiba dari puncak bukit jatuh sebuah batu besar menutup rapat pintu gua itu sehingga mereka terkurung di dalamnya dan tidak dapat keluar. Maka berkata mereka sesamanya, “Marilah kita mengingati amal soleh yang pernah kita lakukan kerana mencari redha Allah. Berdoalah kepada Allah Ta’ala mudah-mudahan kerana amal soleh kita itu Allah membukakan pintu bagi kita.
Maka berdoalah orang pertama: “Wahai Allah! Aku mempunyai ibu bapa yang keduanya sudah tua, seorang isteri dan beberapa anak yang masih kecil-kecil yang kesemuanya menjadi tanggungan ku. Bila aku pulang dari gembala ku perah susu untuk mereka dan yang pertama-tama ku beri minum ialah ibu bapa ku yang sudah tua itu, setelah itu baru anak-anak ku. Pada suatu hari aku terlambat pulang dari mencari kayu api. Sampai di rumah hari sudah petang dan ku dapati kedua orang tua ku sudah tidur. Seperti biasa lebih dahulu ku perah susu lalu ku bawa untuk orang tua ku. Aku berdiri dekat kepala mereka dan tidak sampai hati membangunkan keduanya dari tidur mereka yang nyenyak. Dan aku tidak mahu memberikan susu itu kepada anak-anak ku sebelum kedua orang tua ku meminumnya terlebih dahulu. Padahal anak-anak ku yang masih kecil-kecil itu menangis di kaki ku meminta susu. Demikianlah, aku dan anak isteri ku sentiasa dalam keadaan demikian sampai terbit fajar (menunggu kedua orang tua ku bangun). Wahai Allah! Engkau tahu bahawa aku berbuat demikian kerana mencari keredhaan Engkau. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami supaya kami dapat melihat langit”. Lalu dibukakan Allah pintu gua itu sedikit sehingga mereka dapat melihat langit.
Kemudian berdoa orang kedua: “Wahai Allah! Aku mempunyai seorang pakcik dan pakcik ku itu mempunyai seorang anak gadis. Aku sangat mencintai anak gadis pakcik ku seperti lazimnya cinta seorang pemuda kepada seorang dara. Lalu ku minta dia menjadi isteri ku, tetapi dia menolak permintaan ku sebelum aku menyerahkan kepadanya seratus dinar. Maka dengan susah payah aku kumpulkan wang seratus dinar, lalu ku berikan kepadanya. Ketika aku hendak menyetubuhinya dia berkata kepada ku, “Hai, Abdullah! Takutlah kepada Allah! Jangan engkau buka cincin (kegadisan) melainkan dengan cara yang sah (nikah)”. Mendengar kata-katanya itu aku terus berdiri dan pergi meninggalkannya. Wahai Allah! Engkau tentu tahu aku melakukan yang demikian itu kerana berkehendakkan redha-Mu. Kerana itu tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami”. Maka terbukalah pintu gua sedikit.
Kemudian orang ketiga berdoa pula: “Aku pernah mengupah seseorang membuat peti tempat padi. Ketika pekerjaannya sudah selesai, dia minta upahnya kepada ku. Lalu ku berikan kepadanya semacam padi. Tetapi dia menolak menerimanya. Namun begitu, padi untuk upahnya itu ku tanam untuknya, dan hasilnya ku kumpulkan, kemudian ku belikan sapi dan ku gembalakan. Kemudian dia datang kembali kepada ku, lalu katanya: “Takutlah kamu kepada Allah! Jangan mengambil hak ku!” Jawab ku, “Pergilah ke padang rumput tempat gembala sapi-sapi itu, lalu ambillah sapi-sapi itu semuanya!” Kata orang itu, “Takutlah kepada Allah, dan jangan memperolokkan ku!” Jawab ku, “Aku tidak memperolokkan mu! Ambillah sapi-sapi itu semuanya dan gembalakanlah untukmu!” Lalu diambilnya sapi itu kemudian dia pergi. “Wahai, Allah! Tentu engkau tahu aku berbuat demikian kerana mencari keredhaan Mu juga. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami”. Maka terbukalah pintu gua seluruhnya.

Cara uuntuk Menambahkan Pahala

Assalamualaikum,




Satu daripada cara-cara untuk mendapatkan pahala yang berat dengan mudah ialah dengan berdoa seperti yang disebut di hadith yang berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua kalimat yang ringan di lisan (yakni mudah diucapkan), tetapi berat sekali dalam timbangan (di akhirat), dicintai oleh Allah Maha Pengasih, yaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallahil 'azhim."

Artinya: Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung.

(Muttafaq 'alaih)

Untuk mendapatkan pahala amatlah mudah, tetapi kebanyakan kita merasa terlalu berat untuk melakukannya. Ini adalah kerana bila kita melakukan dosa, kita diberi galakan dan sokongan yang penuh dari Syaitan (yang direjam). Syaitan yang direjam itu memberi kita rasa kesoronokan, "excitement" dan "kick" bila melakukan dosa-dosa, supaya kita akan terus melakukan dosa-dosa itu tanpa henti.

Bila kita nak melakukan perkara-perkara yang baik pula, Syaitan yang direjam itu membisikkan kata-kata seperti "boring" (jemu) lah, letihlah, takde "kick" lah, membosankanlah, tak "steady"lah, membuang masa lah, takde "uumph" lah dan banyak lagi bisikan-bisikan yang tak menggalakkan, hendak-hendak lagi bila kawan-kawan yang "sewaktu" dengan syaitan (yang di rejam) itu memberi kata-kata yang sedemikian kepada kita. Itu patutlah kita merasa "berat" untuk bersolat, susah nak bangun pagi-pagi untuk solat Suboh, apatah lagi melakukan qiamullail, susah untuk menolong ibu (yang bekerja) untuk menguruskan rumah, perut merasa cepat lapar bila berpuasa, berat nak keluarkan duit untuk bersedekah, kecuali kalau kita dipuji olih manusia.

Bila kita membuat sesuatu yang baik untuk mendapat kepujian dari manusia (bukan dari Allah SWT), untuk mendapat keredhaan dari manusia (bukan dari Allah SWT), untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia (bukan bersyukur kepada Allah SWT), maka kita sudah di kategorikan sebagai "riak" dan orang yang "riak" tidak akan mendapat pahla dari amalan-amalan yang "baik" itu.

Didalam ayat 20-21, Surah Al Ar'aaf, Allah SWT menyebut:

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

وَإِخْوَانُهُمْ يَمُدُّونَهُمْ فِي الْغَيِّ ثُمَّ لاَ يُقْصِرُونَ
Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).

Wallahu'alam. ..

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Keistimewaan Seorang Muslim

Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.

Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.

Firman Allah:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-Ankabut, Ayat 2


Ini adalah sunnatullah, ini ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.

Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.

Firman Allah:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)


Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi. Wallahua'lam.